Showing posts with label Baby Recipes. Show all posts

Saturday, 16 February 2013
Susu Ibu Makanan Terbaik
Susu Ibu Adalah Makanan Terbaik untuk Bayi
Memberi susu ibu adalah langkah pertama yang sangat
penting untuk memastikan kesihatan bayi anda. Susu ibu
bukan sahaja mengandungi segala nutrien, tetapi juga
menepati jumlah yang diperlukan oleh si manja. Nutrien
daripada susu ibu mudah dihadamkan dan diserap oleh
badan bayi. Susu ibu juga mengandungi sebatian imunologi
yang penting untuk membantu melindungi bayi daripada
pelbagai jangkitan, termasuk cirit-birit.
Categories
Baby Recipes
Saturday, 9 February 2013
Saranan (WHO)
Saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Semua bayi hendaklah diberi susu ibu sepenuhnya selama
enam bulan pertama hayat mereka bagi menjamin
pertumbuhan, perkembangan dan kesihatan optimum.
Selepas 6 bulan, bayi perlu diberi makanan pelengkap
yang sesuai dengan secukupnya, manakala pemberian
susu ibu perlulah diteruskan sehingga bayi mencapai usia
dua tahun atau lebih.

To follow our Baby Recipes:
ADD FRIEND Mom's Little Clover
LIKE Mom's Little Clover
Categories
Baby Recipes
Saturday, 2 February 2013
Pertumbuhan Optimum
Makanan untuk Pertumbuhan Optimum
Kanak-kanak yang berlainan usia memerlukan jumlah tenaga
dan nutrien yang berbeza untuk menyokong pertumbuhan
fizikal dan perkembangan mental mereka. Nutrien berlainan
mempunyai fungsi yang berbeza untuk menyokong pertumbuhan.
Tiada satu pun makanan yang dengan sendirinya dapat
membekalkan segala nutrien yang diperlukan anak-anak anda.
Oleh itu, anda perlu sajikan pelbagai jenis makanan dalam
jumlah yang sederhana, dengan menggabungkan dan
mengimbangkan makanan daripada 5 kumpulan makanan
yang berikut setiap hari.
Read more>>

Subscribe to:
Posts (Atom)