Saturday 2 February 2013

Pertumbuhan Optimum

at Saturday, February 02, 2013
Makanan untuk Pertumbuhan Optimum

Kanak-kanak yang berlainan usia memerlukan jumlah tenaga
dan nutrien yang berbeza untuk menyokong pertumbuhan
fizikal dan perkembangan mental mereka. Nutrien berlainan
mempunyai fungsi yang berbeza untuk menyokong pertumbuhan.
Tiada satu pun makanan yang dengan sendirinya dapat
membekalkan segala nutrien yang diperlukan anak-anak anda.
Oleh itu, anda perlu sajikan pelbagai jenis makanan dalam
jumlah yang sederhana, dengan menggabungkan dan
mengimbangkan makanan daripada 5 kumpulan makanan
yang berikut setiap hari.
Read more>>

Bijirin
- Sumber tenaga, serat makanan, vitamin dan zat galian.
Serat makanan membantu melawaskan perut dan menjamin
kesihatan sistem penghadaman.
- Sumber: Beras, gandum, oat, barli dan produknya seperti
mi, roti, bijirin sarapan dan biskut.
- Petua: Pilih produk bijirin penuh (seperti roti mil penuh,
beras perang) kerana kandungan serat, vitamin dan zat
galiannya lebih tinggi daripada produk bijirin yang diproses
(seperti roti putih, beras putih).

Buah-buahan
- Kaya dengan vitamin dan fitokimia untuk mengekalkan
kesihatan.
- Sumber: Betik, jambu batu, pisang, tembikai, epal, oren,
dan pear.
- Petua: Buah-buahan yang berlainan warna mengandungi
nutrien yang berbeza. Jadi, galakkan si manja anda makan
buah-buahan beraneka warna setiap hari.

Sayur-sayuran
- Kaya dengan serat, fitokimia, vitamin dan zat galian.
- Sumber: Sayuran berdaun hijau (seperti bayam),
sayuran berakar (seperti lobak merah), sayuran
berbentuk buah (seperti tomato), sayuran (seperti
kubis), dan sayuran kekacang (seperti kacang panjang).
- Petua: Sayur-sayuran yang ditumis dengan sedikit
minyak bukan sahaja melazatkan makanan,
tetapi juga mengurangkan kehilangan nutrien.

Ikan, daging, ayam, telur dan kekacang
- Kaya dengan protein, yang membantu membina dan juga
membaiki otot dan tisu.
- Sumber: Ikan, ayam, itik, daging lembu dan kambing, telur,
pelbagai jenis kacang dan kekacang dan produknya seperti
tauhu, taukua, fucuk.
- Petua: Kombinasi protein haiwan (seperti ikan, daging,
ayam, itik dan telur) dan tumbuhan (seperti kekacang,
kacang pis) dapat membekalkan protein yang diperlukan
oleh anak-anak anda.

Susu dan produk tenusu
- Sumber penting protein dan kalsium. Kalsium
membantu membina tulang dan gigi yang kuat.
- Sumber: Susu, keju dan yogurt.
- Petua: Susu pekat manis tidak dianggap sebagai produk
tenusu dan nilai pemakanannya juga rendah. Jika anda
mahu menambahkan susu ke dalam bijirin sarapan atau
minuman malt si manja, gunakan susu biasa atau susu ibu.

Minyak dan lemak
Minyak dan lemak tidak dianggap tergolong dalam
kumpulan makanan utama, tetapi tetap memainkan
peranan penting. Lemak dan minyak daripada makanan
membekalkan tenaga, vitamin larut lemak dan asid lemak
perlu. Asid lemak perlu adalah penting untuk tumbesaran
yang sihat, terutama sekali untuk perkembangan otak
kanak-kanak kecil dan juga untuk penglihatan mata
mereka. Lemak berlebihan atau tiada lemak langsung
boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak yang sedang
membesar. Oleh itu, gunakan lemak dan minyak dengan
sewajarnya apabila memasak makanan untuk anak-anak
dan keluarga anda.

Jadi, sekarang anda sudah ketahui apa yang patut diberikan
kepada anak-anak anda tetapi cara dan jumlah yang perlu
diberikan kepada mereka harus dititik beratkan juga.


To follow our Baby Recipes:
ADD FRIEND Mom's Little Clover


Untuk Penyusuan yang lebih berkhasiat
CLICK HERE.

0 comments:

Post a Comment

 

Mom's Little Clover - Baby & Kids Wear Copyright © 2009 is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez