bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu
masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan
besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikut tradisi ini.
Dikatakan wanita yang rajin berpantang akan mendapatkan kembali
potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia
kala, kelihatan jelita dan mampu mengekal minat suami.
Read more>>
Sesungguhnya, amalan-amalan pantang adalah satu proses
menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan
kewanitaan perempuan. Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah,
penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan
berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang
dikatakan merupakan "penyawa" wanita yang menentukan
kesihatan diri keseluruhan. Rahim yang sihat menghasilkan ibu
yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak
hairanlah jika wanita masih berpegang kepada amalan berpantang.
Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang
dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas
bersalin. Kajian juga mendapati yang beberapa amalan pantang
larang ada kebaikannya. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan
ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan urut-mengurut.
Pakar-pakar antropologi menerangkan bahawa asas amalan
pantang-larang kaum Melayu berlandaskan teori empat elemen
berkurun dahulu. Elemen-elemen itu ialah tanah, yang bersifat kering;
api, bersifat panas; udara, sejuk; dan, air, bersifat basah.
Elemen-elemen ini mestilah berada dalam keadaan seimbang pada
badan seseorang.
Memang diakui bahawa tanpa orang lain membantu, ia akan sukar
Namun begitu, beberapa amalan utama masih banyak dipraktikkan
0 comments:
Post a Comment